Powered By Blogger

Friday, March 19, 2010

Fatwa Merokok..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kawan2,

Bagi kita yang beragama Islam, saya rasa perlunya untuk kita saling mengingatkan antara kita berkaitan fatwa yang telah disuarakan oleh ulama-ulama kita yang semakin hari semakin dilupakan.

Kesan daripada bahaya dan kemudaratan yang ditimbulkan oleh tabiat  merokok ini, maka pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan  bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam. Fatwa ini disokong oleh beberapa pertubuhan termasuk Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Dibawah pula, antara lagi hukum tentang merokok yang telah dikeluarkan oleh ulama-ulama yang lain.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.


Secara umumnya, para ulama mengharamkan rokok dengan bersandarkan kepada hujah-hujah bahawa merokok boleh mengakibatkan kerosakan kepada agama, kesihatan, alam sekitar, kewangan dan sebagainya.

Justeru, buat teman semua, apa lagi yang ditunggu, marilah berhenti merokok demi agama tercinta. Berhenti merokok kini adalah satu kemestian.

Wednesday, March 17, 2010

Pengetahuan dan Segala Fakta dan Perkara baru.....

Anda berminat mengenai perkara pelik atau baru bagi anda, klik di sini...
Berminat tentang senarai 10 perkara atau benda pelik serta peristiwa, klik sahaja di sini.....
Mahu tahu perkara yang mungkin terselindung atau menjadi tanda tanya dalam diri anda, klik di sini...........

Apa itu OS...???

Ramai yang tidak mengetahui tentang OS atau Operating System....
OS adalah perisian yang mengawal segala perjalanan atau berfungsi sebagai software utama bagi menjalankan tugas serta mengawal software lain......
Senarai OS boleh didapati di sini dan juga segala maklumat boleh didapati dengan menaip segalanya di enjin pencarian seperti ini atau ini....

Pengguna Telefon Bimbit....

Kepada semua pengguna telefon bimbit....
utuk mendapatkan software atau tema serta nada dering sila klik di sini.

Gamers, Attention Please....

Ni untuk semua member-member atau kaki game yang mahu berubah ke satu komputer berkuasa tinggi khas untuk aktiviti gaming..... Amat berkuasa dan rupa bentuk yang futuristik dan menarik gamers dan pastinya ia ada di sini.

Perhatin Kepada Para Penumpang.....

Pernah tak korang dengar ayat neh???? selalu sangat kat LRT, tak pun Komuter ke atau sewaktu dengan nya.... kadang-kadang terpikir gak, napa tak tukar ayat lain ke atau amalkan satu malaysia so wat la macam-macam bahasa.... Kepada rakan-rakan semua, any idea???? komen la....

Selamat Pagi..... (Nama Pun Kul 2 Pagi)

Dah lama tak menulis untuk blog ini. nak dikongsikan beberapa cara atau rutin untuk menjaga serta memaksimakan kelajuan komputer anda. Antara yang boleh dibuat:
1. Pastikan segala software tidak diguna secara serentakbagi mengelak masalah freezing.
2. Rutin seperti defragmenting dan Disk Cleanup dapat membantu mengurangkan masalah freezing dan memberi ruang kosong yang banyak.
3. Yang paling penting, dapatkan nasihat dari yang arif tentang komputer....

Untuk keterangan yang lebih lanjut, komen atau email ke, kaizokonpaku88@gmail.com
Selamat Berkomputer......

Friday, March 12, 2010

Sejarah Rokok

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak  4000 tahun dahulu, saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau.  Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher  Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492.

Ketagihan merokok bermula di Eropah terutamanya semasa Perang  Crimean, Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.

Dalam dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia tidak pernah dikenali pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Secara amnya  umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh  dengan Barat yang menjajah mereka. Kini, merokok  adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita,  sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan.


Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan- iklan media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.


Jadi, sedarlah, merokok sebenarnya bukanlah suatu yang fitrah, ianya adalah disebabkan oleh propaganda serta pengaruh buruk yang dibawa oleh pihak barat ke dalam masyarakat kita. Berhentilah merokok. Tekniknya ada diajarkan di dalam ebook http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=rKMm&mc=f&s=GGKSW&y=Z&

Wednesday, March 10, 2010

Tempat Larangan Merokok..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada 5 Jun 2009 yang llau, pihak kerajaan telahpun mengeluarkan satu memo larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan. Berikut ialah kawasan-kawasan yang dilarang merokok:-

1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara

Jika dilihat senarai tempat diatas, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan perokok adalah tidak dialu-alukan di dalam masyarakat. Jadi, usahlah biarkan diri anda dipinggirkan oleh masyarakat.

Berhentilah merokok sebelum terlambat.

Yang Ikhlas,

M.Aidel@Bob666

Monday, March 8, 2010

-Produk HEBAT HyproBulkSMS

-Produk HEBAT HyproBulkSMS


Salam sejahtera mohd aidel ,

Artikel kali ni berkenaan apa itu produk Hypro Bulk SMS. Biar mohd aidel tahu
apa sebenarnya produk yang dipasarkan oleh syarikat Hypernet Resources ni..
Ramai yang call saya berkenaan Hypro ni...
Ok..biar saya terangkan....kita start...ready..  :)
HyProBulkSMS menyediakan satu sistem SMS secara online yang cukup mudah, praktikal dan
efektif. Sistem yang dikenali dengan BULK SMS ini cukup berguna kepada individu mahupun organisasi
syarikat atau sesiapa sahaja yang amat memerlukan SISTEM SMS ini dalam menyampaikan pelbagai maklumat.
Sistem ini juga di sokong oleh semua syarikat utama Telekomunikasi di Malaysia dan juga beberapa
syarikat telekomunikasi luar negera. Penggunaan sistem ini amat mudah dan mesra, kerana TIDAK MELIBATKAN
PENGGUNAAN SEBARANG SOFTWARE, HANYA PERLU INTERNET SAHAJA ! KAMI SEDIAKAN SISTEM, ANDA
SEDIAKAN NOMBOR TELEFON..ITU SAHAJA!!

APAKAH KEPENTINGAN SMS ?
Sistem kami ini di gunakan dalam bentuk BULK SMS.
BULK SMS ialah satu cara menghantar SMS dengan
hanya sekali KLIK kepada beribu penerima dalam masa
sesingkat 30saat. Menarik ya ! Satu KLIK, beribu orang
menerima SMS anda ! Hanya menggunakan WEBSITE
yang dihubungkan dengan internet sahaja anda boleh
menghantar beribu SMS !
Umum mengetahui bahawa khidmat SMS amat penting pada hari ini. KEMAJUAN TEKNOLOGI telah memaksa
ramai pihak untuk menerima dan menghantar sesuatu maklumat dalam kadar yang singkat.

Antara keperluan SMS yang selalu digunakan adalah untuk :
- Jemputan Majlis Kahwin/ Majlis Kenduri dan pelbagai lagi
- Khidmat Pelanggan seperti SMS maklumat terkini / perkembangan / promosi
- Ucapan hari perayaan
- Peringatan seperti mesyuarat
- Promosi ahli / barang / perkhidmatan
- Kegunaan untuk perniagaan MLM, Promosi Produk,Perniagaan dan banyak lagi
Anda perlu ketahui bahawa sebanyak 9.5 bilion SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia
sepanjang 2004. 3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005. Satu jumlah yang begitu besar dan ia juga
menunjukkan penggunaan SMS amat penting pada hari ini.
Namun, adakah harga satu SMS dihantar berbaloi ? Dengan sistem BULK SMS ini, anda mampu berjimat banyak perkara

SISTEM DAN KELEBIHAN BULK SMS
HyProBulkSMS hanya menjual ONE WAY SMS sahaja.
Ini kerana 2 WAY SMS memerlukan lesen daripada
kementerian dan prosesnya agak leceh. Dengan ONE WAY
SMS ini anda masih lagi mampu menggunakan nya untuk
menghantar SMS ke individu tertentu, rakan, saudara dan
ia juga mampu di gunakan untuk pelbagai kegunaan. Hanya
perlu komputer yang disambung internet , mempunyai data
nombor telefon untuk dihantar, dan jumlah credit yang mencukupi .
Kemudian , dengan sekali KLIK sahaja, SMS anda telah dihantar
dengan pantas sekali. Anda juga boleh download cara-cara
manual penggunaan sistem HyProBulkSMS ini.

Ini adalah kelebihan dan ciri-ciri BULK SMS ini :
- SMS Branding (Guna nama anda sebagai ID penghantar)
- SMS Delivery report.
- Personalized SMS
- Multilanguage SMS (Chinese text, Arabic )
- Send Long SMS (lebih 160 patah perkataan )
- Send MMS
- Send Business Card
- Send Flash SMS / Blinking SMS
- SMS Reminder / Scheduler
- Personal Phone book
- SMS Status report and Campaign report
- Mobile number grabber (Software mengumpul nombor telefon)
-Text2Speech (Tukar ayat ke suara menggunakan MMS-WAP Push)
- Character counter

TIDAK MENGGUNAKAN SOFTWARE DAN MUDAH DIKENDALIKAN
ok diatas adalah penerangan ringkas dan jelas mengenai produk yang ditawarkan kepada anda oleh syarikat.
Jika mohd aidel berminat bolehlah mendaftar di

smsaidel.bebaswang.net


Salam Usahawan,
M.Aidel
017-6608365@019-6769427
YM:bob_terrorist666
P/S:
:: Jika kita rajin usaha, insyaallah rezeki akan selalu bersama kita ::
:: Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara ::
:: Berjuang selagi anda mampu berjuang ::
:: Jangan terlalu mengharapkan orang lain, cuba usaha dan
pastinya anda akan perolehi sesuatu yang anda impikan ::

 

Fakta Tentang Rokok!

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Minggu lepas, saya telah berkunjung ke AEON AU2 di Setiawangsa bersama keluarga dan semasa saya sedang berjalan-jalan, ada beberapa banting yang menarik perhatian saya berkaitan fakta merokok.

Atas dasar prihatin dan pentingnya maklumat ini, saya mengambil gambar dan faktanya ingin saya kongsikan bersama anda sekalian.

MEROKOK ADALAH HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju  membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”-Surah Al-Baqarah : 195

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.

MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.

Kandungan rokok:
Ammonia (Pencuci lantai)
Toluidina (Pelarut industri)
Uretana
Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
Naphthylamine (Kapur barus)
Arsenik (Racun anai-anai)
Dibenzakridine
Naftalena (Ubat gegat)
Metanol (Bahan api)
Aseton (Penanggal cat)
Kadmium (Bateri kereta)
Butana (Bahan bakar pemetik api)
DOT (Racun makhluk perosak)
Nikotin (Membuat PVC)
Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
Tar (Bahan membuat jalanraya)
Fenol
Polonium – 210

Justeru, apa lagi yang kita tunggu, marilah bersama-sama menyertai komuniti sihat tanpa rokok.
Berhentlah sebelum terlambat.

Sunday, March 7, 2010

LELAKI & PEREMPUAN

Mengapa lelaki curang?

Pernahkah you all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?

        *Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”  Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita  merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.

        * Pada pendapat bro, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya. “Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan?  If ever bro yang berlaku curang, maybe bro sendiri tidak tahu menjawabnya. You know, kadang-kadang tu bro sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, *“I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!” * YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :- *Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

        * “Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.” “You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je” “I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.” “I suka you sexy, menaikkan semangat I tau” “I’m a good listener, you can talk about anything to me.” *Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

          * “You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah” “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.” “Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.” “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!” Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!

         * Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…

Ada bro bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?” Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!” “Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro. “Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”


  ”Ai, Encik Tam…biar betul!”

 “Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”

 Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…


          *You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.* I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!


            *Nasihat bro kepada kaum lelaki :


Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka  semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.


               *Nasihat bro kepada kaum wanita :


 Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah  kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki