Powered By Blogger

Wednesday, June 23, 2010

Hati hati semua dengan FACEBOOK !

kali ni aku nak bagitau kat korang helah Israel laknatullah kat fesbok..
disebalik perkataan Israel ade helah disebaliknya...
Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,

jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..

Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)
 
 

Wednesday, June 16, 2010

Brazil sekadar menang tipis


JOHANNESBURG, (Stadiumastro) - Jaguh dunia, Brazil memulakan aksi perlawanan pertama Piala Dunia 2010 dengan kurang menyakinkan selepas sekadar menang tipis 2-1 ke atas Korea Utara di Stadium Ellis Park.
Babak separuh masa pertama menyaksikan pasukan Brazil diikat tanpa sebarang jaringan gol selepas gagal memecah masuk kubu Korea Utara yang terlalu kukuh.
Pemain tengah Brazil, Elano melakukan percubaan pertama yang menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-6 tetapi sepakkannya terlalu tinggi dan sekadar melewati palang gol.
Brazil pada awal-awal lagi menguasai permainan dan banyak melakukan hantaran kemas sesama rakan sepasukan manakala Korea Utara dilihat lebih bermain secara bertahan.
Percubaan terbaik Korea Utara hadir pada minit 10 menerusi penyerang, Jong Tae-se tetapi rembatannya lemah dan sekadar mudah ditangkap kemas Julio Cesar.
Aksi sepanjang 20 minit separuh masa pertama memperlihatkan penguasaan bola lebih memihak kepada Brazil tetapi Korea berjaya bertahan dengan baik.
Brazil terus melakukan asakan, namun rembatan jauh pada minit 27 oleh Maicon berjaya diselamatkan penjaga gol Ri Myong-guk yang mempamerkan aksi cemerlang malam ini.
Corak permainan Brazil berubah serta-merta pada separuh masa kedua dan mereka menyerang di sebelah kiri dan kanan pertahanan Korea.
Percubaan pertama Brazil pada separuh masa kedua diperoleh pada minit ke-50 menerusi sepakan percuma yang diambil Michel Bastos tetapi tersasar dan meliar.
Brazil memecah kebuntuan pada minit 55 menerusi pemain pertahanan, Maicon yang berjaya melakukan rembatan mengelirukan dari sudut sukar sebelah kanan padang.
Brazil terus menggandakan serangan mereka dan berjaya menambah gol kedua pada minit 70 menerusi pemain tengah Elano yang berjaya menyudahkan hantaran cantik daripada Robinho.
Tiga pertukaran dilakukan Brazil sebaik sahaja berjaya menyumbat gol kedua dan kelihatan mula yakin dengan kedudukan 2-0.
Korea Utara nyata tidak mudah mengalah dan menjaringkan gol pertama Piala Dunia mereka pada minit ke-87 menerusi pemain tengah, Jin Yun Nam yang tidak dikawal rapi untuk merembat kencang menewaskan Cesar.
Korea Utara terus mengasak kubu Brazil pada babak akhir permainan namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila Brazil berjaya mengekalkan kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Thursday, June 3, 2010

Isu Kasut Crocs Dan Kalimah Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku baru je dapat sedikit info dari beberapa kawan dan encik Google kita di internet..
Dapat jer info pasal benda ni ak terus postkan kat Blog aku untuk tontonan umum..

Antara topik-topik hangat masa kini terutamanya di Facebook adalah berkenaan isu kasut Crocs, yang kononnya haram dipakai sebab ada kalimah Allah.

Aku sebenarnya ada kasut Crocs ni. Mahal gak aku beli tau RM239 tp dpt la diskaun sket dalam RM200. Original tau bukan yang murah-murah palsu lima enam puluh hengget punya tu.huhuhu...d:)

Bagi aku la kan, kasut Crocs ni senang dan selesa dipakai ke mana sekali pun. Jadi, selepas heboh pasal Crocs ada kalimah Allah tu agak was-was jugak la nak pakai.Aku pun seperti biasa, kalau timbul isu2 hangat macam ni,aku tak terima bulat-bulat. Mula la aku meng’research’ dengan encik Google. Terjumpa la beberapa artikel yang menarik.

Kalau dibandingkan logo original Crocs ni dengan yang dihebah2kan kat internet tu, ada 3 perbezaan yang amat nyata:

Logo original Crocs

Yang di hebahkan kat internet
Perbezaan:
  1. Mulut buaya yang tak original ternganga, dan mulut buaya original ni tak terbuka sangat.
  2. Anak mata buaya tak original pandang tengah padahal yang original pandang ke bawah.
  3. Walaupun agak kelakar nak cakap, tapi, yang tak original ada lubang hidung macam serombong keretapi punya besar, dan yang original takde lubang hidung sebesar tu!
Haaa… sah la yang dihebah2kan kat internet tu palsu dan tak original belaka.Tidakpun, dah diedit oleh individu2 tertentu untuk timbulkan provokasi.
Nasihat dari Ustaz Hasrizal (via status Facebooknya):
Kasut Crocs pun kena boikot sebab buayanya menyerupai Lafaz Allah? Astaghfirullah… Apa kata antum boikot huruf “t” pada Hang Tuah? Rupa huruf “t” tu macam salib. Gantikan dengan hang kuah ke, hang buah ke… Haishhh!
Lucu… tapi mendalam maksudnya tu!
Kesimpulannya:
  1. Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada!
  2. Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace!!!..^_^v")
  3. Beli yang original, jangan beli yg cetak rompak.
Akhir kata, jadilah masyarakat celik IT. Silalah korang berkawan baik dengan encik Google yer!

Selamat Beramal dan Renung-renungkanlah.. 


Join the forum discussion on this post